Apakah sebabnya bayi menangis?
Semua bayi menangis
pada masa-masanya. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat
pun akan menangis juga sebanyak satu hingga tiga jam sehari. Disebabkan mereka
tak dapat membuat sebarang apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada
orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka
perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu salah satu daripada keperluan
itu.
Sebagai ibu atau bapa
baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang diperlukan
bayi - adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau mahu dipeluk? Di hari-hari
awal, apabila anda belum lagi tahu bagainama untuk menentukan keperluan bayi
anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun
anda akan mula mengecam gaya tangisan bayi anda yang berlainan dan, setelah
anda lebih mengenalinya, akan dapat mendahului keperluannya.
Semasa membesar, bayi
juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka
menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan mata, membuat
bunyi-bunyian, dan juga dengan senyuman, semuanya mengurangkan
keperluan untuk menangis. Sebab-sebab biasa bayi menangis disenaraikan di
bawah. Jika anda mempunyai bayi yang susah untuk ditenangkan, cubalah panduan
ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan terasa senang hati sebab anda
telahpun cuba memenuhi keperluan dia seberapa banyak yang boleh.
1. Saya perlukan makanan Kelaparan adalah sebab utama bayi baru menangis. Lebih
muda bayi itu, lebih kemungkinan dia menangis sebab dia lapar. Pengecualian
kepada ini ialah pada masa sehari dua selepas kelahiran, apabila bayi makan
amat sedikit. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar
akan perkara ini, sebab susu terawal kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan
dalam jumlah yang sedikit dan anda juga sedar bahawa susu "mula
datang" sekitar hari ketiga. Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan
begitu banyak, jadi, jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu, sebab
besar kemungkinannya dia lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta
merta, tetapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang
apabila perutnya terisi. Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan
dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.
2. Saya perlukan keselesaan Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu
ketat atau jika lampin kotor mengganggu mereka. Setengah bayi tidak
membantah jika lampin mereka penuh - ia cuma terasa panas dan selesa bagi
mereka - manakala yang lain akan menjerit dan minta ditukarkan dengan serta
merta, terutama sekali jika kulit mereka terasa jengkel. Memeriksa lampin bayi
dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluan dia, jadi memang elok mencuba.
Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat
atau tiada perkara lain bersabit pakaiannya yang membuatkan dia tidak
selesa.
3. Saya perlu nyaman dan selesa - tidak terlalu panas atau sejuk Setengah bayi baru lahir tidak suka
ditukarkan lampin atau dimandikan - mereka tidak biasa merasakan udara
menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti
ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera
supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah supaya
tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas.
Satu petua ialah dengan mengingatkan yang dia memerlukan satu lapis pakaian
lebih daripada anda untuk selesa.
Jika dia berada di kot
atau raga pembawanya, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai
kain penutup bukan duvet untuk membolehkan anda menambah atau membuangkan satu
lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau
sejuk dengan merasa perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu
lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu
tangan atau kakinya, sebab adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak
sejuk. Memang mudah untuk membeli termometer di Malaysia (kebanyakan farmasi
menjualnya) dan anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi anda
jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 darjah C / 75.2
darjah F, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung kot supaya dia tak
boleh turun bergeliang geliut sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi
terlalu panas.
4. Saya perlu dipeluk Setengah bayi sangat perlu dipeluk dan dimanjakan. Bayi
yang lebih tua akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar
suara anda dalam bilik, tetapi, bayi baru lebih memerlukan sentuhan fizikal
untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya,
anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. Setengah ibu dan bapa
bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia didukung berlebihan,
tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini tidak mungkin.
Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain
mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda
mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membenarkan bayi anda rapat
dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk menjalankan kerja lain; ini
mungkin penyelesaian yang akan membuat anda berdua bahagia.
5. Saya perlukan rehat Memang senang untuk menyangkakan yang bayi akan tertidur
apabila mereka terasa nak tidur, di manapun mereka berada, sebab kebanyakan
bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak
perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah
- dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup
suis" dan bertenang. Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus
rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa - cahaya lampu, bunyi
bising, di hulurkan dari seorang saudara tersayang kepada yang lain - hingga
boleh menjadi gelisah. Ramai ibubapa mendapati bayi menangis lebih dari biasa
apabila suadara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika tidak
ternampak sebab spesifik bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda,
"Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang
dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan
mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus
dapat tidur.
6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera Jika anda telahpun memberi bayi makan
dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin
tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka, ibubapa buat
pertama kali, sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi menangis
sebab dia sebenarnya seorang yang bersifat sedih (separuh bayi begitu, dan
mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di
dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. Bayi yang sakit lazimnya
menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa - ianya mungkin
berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga dengan bayi yang sering menangis;
sekiranya dia mula berdiam ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang
paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda
seperti anda sendiri. Jika anda rasakan mungkin ada masalah tertentu,
hubungilah ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Ahli kesihatan profesional
lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan
merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis.
Anda mestilah memanggil doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila
dia menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:
§ muntah-muntah
§ diarea
§ konstipasi
Lihat artikel kami
tentang bila harus memanggil doktor untuk panduan lanjut.
7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya
mahu Kadangkala anda
mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai
bayi baru lahir melalui masa-masa bilamana dia meragam dan tidak senang untuk
dipujuk. Ketidak gembiraan boleh berbeza antara tangisan yang berlanjutan
beberapa minit dan tidak boleh dipujuk kepada tangisan beberapa jam pada
satu-satu masa, tangisan yang tak berhenti-henti yang kadangkala dikenali
sebagai kembung kolik. Kolik didefinisikan sebagai tangisan yang
tidak dapat ditenangkan yang berlalu selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari,
tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu. Ramai ibubapa mendapati sukar untuk
menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan
ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi
keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda
sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, itu mungkin
membantu.
No comments:
Post a Comment