Pemahaman kanak-kanak hiperaktif sentiasa disalah tafsir oleh ibubapa kini. Perkataan hiperaktif perlulah difahami oleh masyarakat terutamanya kepada pasangan yang memiliki anak-anak istimewa. Oleh yang demikian pihak Bonda Bukit Mahkota ingin berkongsi bahan bacaan supaya kita mendapat satu ilmu pengetahuan yang berguna...
Kanak-kanak hiperaktif adalah golongan yang memerlukan perhatian terutama di peringkat awal tumbesaran mereka. Simptorn ini bukan saja rnembabitkan kanak-kanak normal, sebaliknya mereka yang mengalami terencat akal juga menghadapi masalah sedemikian.
Bagaimanapun, kedua-dua golongan itu tetap memerlukan perhatian keluarga terutama ibu bapa, di peringkat awal melalui didikan terapi dan psikologi.Jika kanak-kanak normal menghadapi masalah hiperaktif, mungkin masalah ibu bapa tidak begitu berat berbanding kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama.Walaupun dua senario itu sama tetapi masalahnya berbeza apabila membabitkan kanak-kanak normal dan satu lagi membabitkan kanak-kanak abnormal.
Kanak-kanak normal hiperaktif memang masih boleh ke sekolah dan belajar seperti biasa, walaupun tumpuannya terhadap pelajaran tidak sepenuhnya dan pencapaian akademik mereka mungkin tidak membanggakan.
Ini agak berbeza dengan kanak-kanak hiperaktif yang mengalami masalah terencat akal di mana mereka tidak boleh ke sekolah dan terlalu sukar untuk dikawal dan sangat agresif. Keadaan itu disebabkan mereka tidak faham apabila ditegur berbanding kanak-kanak biasa.
Pengerusi Tasputra, Elahi Norman, berkata, kanak-kanak hiperaktif yang normal berbeza dcngan rakan mereka yang abnormal, Bagaimanapun kedua-dua golongan ini memerlukan perhatian yang sama dengan kanak-kanak lain berikutan keperluan mereka juga sama.
Katanya, kanak-kanak ini perlu ditegur dengan lembut pada awalnya tetapi jika ia tidak memberi kesan, ibu bapa boleh meninggikan suara untuk mendisiplinkan mereka -
" Usaha ibu bapa meninggikan suara ini bukan ber-makna mercka tidak sayang atau bend kepada mereka sebaliknya dengan cara itu saja dapat mendisiplinkan anak sedemikian," katanya,
Sementara itu, Perunding Psikiatri Fakuiti Pcrubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, berkata kedua-dua situasi itu adalah sama tetapi hanya membabitkan kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental dan seorang lagi adalah normal. Beliau berkata, secara dasarnya, kanak-kanak ini menghadapi inasalah tidak dapat mcmberi perhatian sepenuhnya pada sesuatu perkara itu.
Katanya, keadaan Attention Deficit Disorder (ADD) ini menyebabkan berlaku gangguan pada sistem saraf pada otak mereka hingga menyebabkan kanak-kanak tadi tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya.
Menurutnya lagi, bagi kanak-kanak normal tahap kenakalan atau hiperaktif akan berkurangan apabila mereka dewasa dan sudah mula mendengar kata dan bersikap normal." Keadaan yang sama juga berlaku kepada kanak-kanak terencat akal yang hiperaktif. Perubahan pada kanak-kanak ini juga berlaku apabila mereka meningkat dewasa. Walaupun secara fizikal-nya kanak-kanak ini tidak normal tetapi secara keseluruhannya, keadaan mereka berubah mengikut usia dan tahap pendidikan dan juga perhatian yang diterima dari-pada kedua ibu bapa," kata-nya.
Dr Nor Hamidah berkata, hiperaktif ini adalah penyakit yang memerlukan rawatan terapi pada peringkat awal supaya kanak-kanak tadi dapat dilentur dengan mudah apabila dewasa. Beliau berkata, ibu bapa perlu lebih banyak bersabar dengan melayan kerenah anak mereka dan sedia memahami keperluan berdasarkan kepada perubahan tumbesaran mereka. Katanya, perhatian awal itu perlu kerana keperluan mereka sama dengan kanak-kanak biasa.
Ibu bapa perlu belajar memahami kehendak anak kerana melalui pemahaman itu, kanak-kanak hiperaktif ini tidak mudah bertindak ga-nas atau liar apabila dewasa." Perhatian, arahan dan peringatan terhadap kanak-kanak ini perlulah dilakukan secara berterusan dan berulang kerana mereka memang sukar menerima perubahan dalam diri dan persekitaran.
No comments:
Post a Comment