Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Begitu juga
apabila hendak melatih anak kecil belajar berpuasa. Latihlah sejak usia kecil
lagi. Kalau masa umur Najwa 5 tahun, puasanya hanyalah separuh hari sahaja,
masuk umur 6 tahun, hanya dapat 15 hari untuk berpuasa penuh. Tahun ini
harap-harap Najwa dapat berpuasa sepanjang sebulan berpuasa hendaknya, manakala
Najiha dah boleh mula belajar berpuasa kan .
Biarpun letih tetapi semangat
hendak meneruskan puasa memang patut dipuji. Begitulah kerenah anak-anak kecil
sekarang apabila menjalankan ibadah berpuasa. Daku tidak biasakan memberi upah
jika puasa penuh, nanti kalau dah biasa dapat upah buat kerja lain pon tidaklah
seikhlas hati.
Berikut adalah tips untuk
mengajar anak-anak kecil berpuasa :
1. Bersahur dan berbuka puasa
bersama keluarga di rumah.
2. Tanya anak apa juadah yang
digemari untuk berbuka puasa.
3. Ajak anak bersama-sama
membantu menghidang makanan berbuka puasa.
4. Selepas berbuka puasa,
amalkan niat berpuasa untuk esok hari bersama keluarga. Anak kecil akan berasa
lebih seronok.
5. Papa kejutkan anak untuk
bangun sahur sementara mama menyiapkan hidangan.
6. Elakkan anak daripada aktif
bermain di luar rumah kerana ini mungkin boleh memenatkan mereka.
7. Jangan benarkan adik-adik
yang lebih kecil berusia tiga hingga empat tahun makan di hadapan kakak/abang
yang sedang berpuasa.
8. Kurangkan menonton
televisyen kerana ada banyak iklan makanan yang mungkin boleh ‘menggugat’ si
kecil.